
Anonymous
2 tahun
Kerap sakit bahagian ari-ari sebelah kiri
Saya seorang wanita berumur 40 tahun. Kebelakangan ini saya sering mengalami sakit bahagian ari-ari sebelah kiri. Pada mulanya saya anggap sakit biasa yang dialami semasa datang bulan, tetapi waktu tidak datang bulan juga saya turut merasa kesakitan itu.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan kuman pada saluran kencing
- masalah batu sepenjang saluran kencing
- fibroid dan adenomyosis
- penyakit radang pelvis
- ovari terbelit (ovarian torsion)
- kehamilan ektopik
- kanser seperti kanser uterus dan kanser serviks
Terdapat juga sebab daripada saluran pencernaan
- penyakit radang usus
- usus tersumbat
- jangkitan kuman dan bakteria
- kanser usus (colorectal cancer)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.