Sulit
2 tahun
Kerap terasa angin di dalam perut
Saya wanita lingkungan 20an,saya mempunyai penyakit gastrik sejak kebelakangan ni,saya kerap rasa sakit perut bahagian atas kiri perut,ia akan lega apabila setelah buang angin,tabiat buang air besar saya normal cuma apabila buang air besar saya kerap buang angin juga,saya juga kerap mengalami kurang selera untuk makan tetapi setelah buang angin saya akan berasa lapar ingin makan,adakah saya mengalami kembung perut yang kronik?saya juga kerap terasa ada angin "melintas "di bahagian perut
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda gejala angin perut disertai sedawa yang kerap boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- pedih ulu hati terkait GERD dan gastritis
- angina
- serangan jantung
- aortic dissection
- perikarditis
- sakit otot dan tulang
- sakit paru-paru
- kurang makan
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.