
umi007
5 tahun
Kerongkong sakit dan badan rasa tidak selesa
saya wanita berumur 40 tahun, tiba tadi sakit kerongkong sebelah kiri berdekatan leher sebelah kiri. bila di usik/ ditekan. . saya sendawa. boleh saya tahu apakah ia ada kaitan dengan gastrik.
saya juga alami badan rasa x selesa. dimana semalam selepas makan nasi goreng, badan rasa tidak selesa, dan ada rasa tidak selesa bahagian dada kiri atas . tapi bila diurut, hanya keluar sendawa aje. apakah saya tidak boleh makan makanan bergoreng? hari ni tadi masa makan tengahari, makan mihoo goreng pun alami simptom yang sama cuma skerang ni leher kiri dekat kerongkong rsa x selesa… bila diurut keluar sendawa.
saya dalam medication gastrik, doktor sya bekalkan ranitidine 150 mg. perlu ke saya makan habis… doktor pertama bagi untuk seminggu 2 kali makan. doktor kedua bgi untuk 14 hari. mohon komen dr.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah gastrik perut
- GERD
- Sakit jantung
- Esophagitis
Ubat ranitidine merupakan antara jenis ubat yang biasa diberi oleh doktor untuk masalah gastrik. Puan haruslah menurut arahan doktor untuk simptom puan. Jika puan berasa ubat tersebut masih tidak efektif walaupun telah menghabiskan preskripsi, puan perlulah berjumpa doktor untuk menukar dos ubat atau menukar jenis ubat.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.