
Sulit
4 tahun
Kesakitan dibahagian zakar hingga punggung
Adakah penyakit gonorrea akn sembuh dengan satu suntikan … Slps dptkan rawatan suntikan sya rasa kesakitan di bahagian zakar dan testis hingga ke punggung hingga terasa lenguh di bahagian kaki… Sye juga kerap kencing dan air kencing kekuningan serta berbau sedikit… Adakah ini penyebab penyakit lain… Sudah hampir 2 blan masalah ini berlaku…

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, antara gejala-gejala gonorrhea yang boleh berlaku pada lelaki ialah:
- Ingin kencing selalu
- Keluar nanah daripada zakar
- Kesakitan sewaktu kencing
- Kesakitan dan bengkak pada buah zakar (testes)
Selain daripada jangkitan gonorrhea, sakit di bahagian zakar atau saluran boleh disebabkan:
- Jangkitan kelamin seperti gonorea, klamidia, trikomonas
- Jangkitan saluran kencing
- Gangguan struktur anatomi
- Trauma saluran zakar atau struktur anatomi
- Tanda-tanda penyakit batu karang
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.