
Sulit
5 tahun
Kesan Berhenti Merokok
Apakah bahaya kepada kesihatan tahap kesihatan saya kerana telah berhenti merokok secara mengejut,saya berumur 30 tahun dan telah merokok dari umur 13 tahun,tapi sejak akhir ini saya telah berhenti merokok,kesan yang saya dapati selama 25 hari ini seperti sakit pinggang,sumbat hidung,selera makan makin meningkat sampai hampir 5 kali makan sehari,tangan atau badan kadang kadang terasa kebas,terasa kahak melekat di dalam dada. Pernah cuba buat pengambilan pengantian nokotin melalui nokotin gum,tapi tidak berjaya sebab badan tak mampu terima. Adakah ini semua kerana kesan berhenti merokok secara mengejut dan adakah kesan ini bahaya untuk kesihatan saya? Boleh doktor tolong jelaskan apa yang saya boleh buat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan tahniah kerana anda berhenti merokok. Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Ia seperti kesan sampinga atau dipanggil withdrawal symptoms kerana anda berhenti merokok. Hal ini kerana badan anda kehilangan sesuatu yang sering mereka terima.
Sememangnya gejala yang anda alami adalah sangat tidak selesa, namun ianya tidak memberi kesan buruk malah memberi kesan yang lebih baik kerana merokok adalah sangat merbahaya kepada anda.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Selain itu anda boleh menghadiri klinik berhenti merokok di klinik kesihatan bagi mendapatkan bantuan supaya anda konsisten dalam usaha berhenti merokok ini.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.