
Sulit
4 tahun
Kesan jahitan sunat dahulu
Lelaki dwasa 28thn ada kesan sunat jahitan yg agak besar dan merancang nk sunat lg?boleh ke doc?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, sunat kali kedua boleh dilakukan sekiranya terdapat lebihan kulit yang menggangu proses pembesaran, menyukarkan hubungan seksual, mengganggu proses pembuangan air kencing dan sebagainya. Sebelum ia dilakukan, pemeriksaan fizikal perlulah dilakukan bagi mengenal pasti masalah yang anda hadapi. Anda boleh pergi kemana-mana klinik yang menyediakan perkhidmatan khatan bagi lelaki dewasa.
Sedikit info tambahan, bersunat adalah merupakan satu prosedur yang sangat digalakkan memandangkan ia mempunyai banyak manfaat dari sudut kesihatan seperti:
- Mengurangkan risiko terkena jangkitan saluran kencing (kencing kotor) ( urinary tract infection )
- Merendahkan risiko terkena kanser penis
- Mengurangkan risiko terkena penyakit jangkitan seksual
- Mengurangkan keradangan zakar
Untuk info yang lebih lanjut, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.