
Sulit
5 tahun
Kesihatan lelaki Dalam hubungan seksual
Suami sy, berumur 40thn. Mempunyai masalah ketegangan zakar ketika ingin melakukan hubungan
semenjak sebulan yg lalu. Kami telah berkahwin, selama 3tahun Dan Dalam usaha mendapatkan zuriat. Dalam perhubungan sebelum ni, suami Ada juga mengalami masalah tersebut on off, tp Masih boleh bersama Dan Bereksi. Suami tiada masalah diabetic atau darah tinggi. Adakan ini dikira sbg mati pucuk Dan Bagaimana Cara yg boleh Kami lakukan untuk mengatasi masalah tersebut seterusnya berusaha untuk mendapatkan zuriat Dan keharmonian umah tangga?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan pihak anda, sukar tegang juga dikenali sebagai mati pucuk. Ia dapat terjadi disebabkan oleh banyak hal, antaranya:
- psikogenik - seperti stress, anxiety, hubungan bermasalah
- psikiatrik - anxiety disorder, kemurungan
- neurogenik - trauma, diabetes, alkohol
- endokrin - masalah tiroid
- arteriogenik - terkait saluran darah seperti darah tinggi, merokok, diabetes, kolesterol tinggi dan lain-lain
- efek samping ubat-ubatan seperti antihipertensi, antidepressan, dan lain-lain
Memandangkan anda masih berusia 40 an, justeru masalah ini adalah masih reversibel dan boleh dibaik pulih sekiranya masalah dasar diatasi. Untuk mengetahui masalah dasar yang manakah yang dihadapi, anda harus merujuk doktor agar dapat dikaji ulang masalah itu.
Untuk merujuk doktor, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor untuk mulai berubat ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.