
Sulit
4 tahun
Ketulan bawah tapak kaki
Bawah tapak kaki area tulang tu saya ada ketulan…sudah 4 tahun dah…
Kadang2 rasa tak selesa…bila bangun dari tidur rasa keras je ketulan tu…bila saya tekan agak sakit juga… Apakah tulang terkeluar ye doctor?
Boleh kembali normal tak keadaan tersebut? Atau boleh di rawat ?
Dan untuk pengetahuan juga…saya pun mengalami masalah heel spurs hampir setahun di sebabkan banyak berdiri lama buat kerja.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang ketulan bawah tapak kaki.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, saya kurang pasti tentang ketulan yang anda maksudkan. Sebaiknya anda ke klinik untuk pemeriksaan fizikal secara berdepan dengan doktor bagi mengetahui hal sebenar.
Namun begitu, kemungkinan ketulan tersebut adalah:
- Ulser
- Jangkitan kulat
- Masalah kulit kaki
Saya sangat menasihatkan anda untuk ke klinik bagi mendapatkan rawatan lanjut dan lebih terperinci.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.