
Sulit
5 tahun
Kitaran Haid Terlewat
saya berumur 28 tahun. sebelum ini kitaran haid saya sangat teratur dan on time (kitaran 28 hari). tapi untuk kitaran haid januari, saya sudah terlewat 3 hari. sepatutnye mengikut kitaran 28 hari. 12 jan adalah hari saya patut period. tapi sehingga harini masih belum period. saya ada buat ujian kehamilan tapi result negative.Dalam masa yang sama perut saya meragam seolah2 kembung perut atau membuang seperti keracunan makanan.Makluman doktor, berat badan saya hanya 47kg dengan ketinggian 162cm. Adakah nie berpunca dari stress, masalah berat badan atau hormon saya.? Last period saya adalah 16 December 2019.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Haid yang lewat adalah apabila haid datang lebih lambat daripada 38 hari daripada hari pertama haid terakhir. Justeru dalam kes anda, selain kehamilan, haid lewat dapat disebabkan oleh:
- berat badan yang tidak seimbang
- tekanan pekerjaan atau harian
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUCD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.