
syrah_4559
5 tahun
Kuku bertukar warna dan bergaris halus
Hai doc… sy 26 tahun… 2 minggu yang lepas sy dpt rasakan di hujung kuku sy agak sakit bila diberi tekanan… tp sekarang dah xrasa sakit tapi warna di hujung kuku sy berubah manakala ada garis2 mcm berwarna coklat di dlm kuku… hampir semua kuku ada garis kecil mcm tu… Adakah perkara sebegitu normal ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah kuku yang anda hadapi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Akibat penggunaan produk manicure-pedicure yang salah ataupun tidak sesuai
- Akibat kekurangan vitamin terutamanya vitamin B
- Malnutrisi yang boleh terjadi akibat pemakanan yang tidak seimbang
- Masalah darah seperti anemia
- Akibat masalah jantung
- Penyakit autoimun
Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak sekian lamanya, dikhuatiri penyakit sebenar adalah sistematik. Maka sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.