
Sulit
4 tahun
Kuku cagu (sakit apabila menekan kulit di bahagian hujung kuku ibu jari kaki sahaja))
Doctor, saya merasakan ibu jari kaki saya di bahagian hadapan kuku (kulit) yang hujung sahaja sakit apabila ditekan. Saya mendapat tahu saya sakit di bahagian tersebut ketika sedang solat (tahiyat akhir) semalam. Adakah ini merupakan simptom awal kuku cagu? Apakah rawatan yang perlu saya lakukan di rumah? Namun, saya tidak merasa sakit apabila berjalan dan tiada kesan merah di ibu jari kaki saya.

4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang sakit kaki.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, saya menasihatkan anda untuk ke klinik atau hospital sekali lagi bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut. Sakit ibu jari kaki sebegini boleh disebabkan oleh:
- Kuku cagu
- Gout
- Jangkitan kuman
Perkara ini perlu diperiksa dengan lebih teliti sebelum boleh memberikan rawatan. Oleh iu anda disarankan untuk ke klinik berdekatan untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan yang sempurna.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.