
Sulit
3 tahun
Kuku Ibu Jari Kaki Bernanah/Bengkak
Harini saya Ada jumpa doktor Di klinik , sebab kuku Ibu Jari Kaki saya Bernanah. Faham sebab ingrown nail . Tapi saya hanya Dalam ubat Cloxacap 250mg. Masalahnya , sebelum ni pernah juga terjadi, tapi dokter sebelum ni potong kuku Kaki saya.
Untuk Yang masalah sekarang ni. Memang terang isi Ada terkeluar sedikit , Ibu Hari nak Mula Bengkak Dan Bernanah.
Jadi saya tak faham kenapa dapat ubat sahaja ? Minta pencerahan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, setiap ubat-ubatan yang diberi oleh doktor adalah berdasarkan kepada indikasi yang tertentu. Doktor perlu mengetahui dengan lebih lanjut tentang sejarah penyakit anda serta perlu melakukan pemeriksaan fizikal secara menyeluruh sebelum dapat membuat kesimpulan mengenai masalah anda. Anda perlu minum ubat yang diberi mengikut arahan serta nasihat daripada doktor kerana setiap ubat-ubatan mempunyai kesan sampingan yang tersendiri.
Untuk masalah anda, doktor memberi ubat antibiotik mungkin kerana kuku anda bengkak dan bernanah disebabkan oleh jangkitan bakteria dan boleh diubati dengan menggunakan ubat. Untuk makluman anda, sesetengah pesakit yang mengalami masalah seperti anda tidak perlu menjalani pembedahan kecil untuk membuang kuku. Masalah tersebut akan berkurang setelah anda minum ubat dan menjaga kebersihan kaki anda.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor