
Sulit
3 tahun
Kuku menjadi biru,sentiasa pucat dan lemah
Saya perempuan berumur 18 tahun, kuku tangan saya menjadi biru setiap kali semasa mandi. Muka dan bibir saya selalu pucat. Badan saya selalu rasa lemah dan tak sihat.

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, jika kuku anda berwarna biru kehitaman, ia menggambarkan bahawa anda tidak mendapat cukup oksigen. Ia juga boleh terjadi disebabkan kesan sampingan ubat-ubatan tertentu atau petanda penyakit berkaitan paru-paru.
Untuk gejala-gejala lain seperti muka dan bibir yang selalu pucat, serta sentiasa berasa lemah, ia boleh merupakan gejala dari kurang mendapat oksigen serta kurang aliran darah ke seluruh badan.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.