
Sulit
4 tahun
Kulat dikaki yang berlanjutan lebih 5 bulan. Saya cuba guna Mico cream tapi tak berhasilna
Saya adalah pesakit diabetic. Baru2 ini saya dijangkiti penyakit kulat dikaki. Setelah berjumpa doctor ia berikan saya Mico cream untuk disapu 2x sehari. Malangnya selepas 1 minggu menggunanya tempat yang saya sapu dikaki melecur dan keluar air. Apabila saya jumpa doktor diklinik swasta, ia mengatakan bahawa ia hasil jangkitan kuman. Oleh kerana saya adalah penyakit diabetes, saya terpaksa jalani perubatan untuk membaik pulih luka yang terjadi hampir 1 1/2 bulan. Sekarang luka sudah sembuh dah 5 hari tetapi saya lihat kulat masih berada dan gatal pun ada tapi tak kerap. Saya minta doktor beri cadangan ubat/ cream apa patut saya guna agar luka tidak berulang lagi dan sakit kulat pun hilang. Sekian terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Pihak kami tidak mempunyai maklumat lengkap mengenai masalaah anda serta tidak dapat melakukan pemeriksaan fizikal ke atas anda. Maka kami tidak boleh mencadangkan sebarang rawatan.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.