
Sulit
4 tahun
Kulit kepala zakar mengelupas dan mengalami kering
Saya lelaki berusia 21 tahun, pada akhir tahun 2020 saya perasan bahawa kulit kepala zakar saya mengelupas. Bila saya sentuh bhg itu, ia terasa kering berbanding permukaan yang lain. Adakah ini petanda kanser penis. Bagaiaman merawatnya? Jika disapukan sahaja losyen adakah boleh sembuh semula?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Sebaiknya anda menerangkan dan mengenal pasti gejala tambahan yang terkait seperti frekuensi kencing, status hidrasi, kemerahan, gatal dan sebagainya. Untuk makluman anda, kulit kepala zakar menggelupas boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Ekzema
- Psoriasis penyakit kulit autoimun yang boleh mengenai seluruh badan
- Keradangan kulit akibat jangkitan kulat
- Balanitis Circinate (seperti yang berlaku pada pesakit dengan penyakit Reiter )
- Balanitis Zoon: keradangan kepala zakar pada lelaki berusia
- Kanser penis
Untuk mengetahui rawatan yang tepat, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu. Justeru, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah