
ejamrn7
5 tahun
Kulit zakar mengelupas
Sy lelaki berumur 20an, yg sudah berkhatan, mengalami kulit mengelupas di bahagian kulit cincin zakar, sy tak tahu nama saintifik tempat tu, tapi ia di bahagian kulit sebelum kepala zakar. Sekiranya gosok dibahagian situ akan keluar seperti daki tetapi berwarna putih (mcm kulit).sy beranggapan ia mengelupas. Kadang kala, kulit disekitar itu merekah dan mengakibatkan luka dan berdarah. Selain itu, sy juga berasa sedikit gatal dan nyilu bila dipegang dibahagian kepala zakar. Tiada tanda lain seperti keluar cecair atau apa pun.Sy ingin bertanya, apakah ciri penyakit yg sy alami? Bagaimana cara pengubatan dan sekiranya perlu berubat, ke mana harus sy pergi?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Sebaiknya anda menerangkan dan mengenal pasti gejala tambahan yang terkait seperti status sunat, frekuensi kencing, status hidrasi, kemerahan, gatal dan sebagainya. Untuk makluman anda, kulit kepala zakar menggelupas boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Ekzema
- Psoriasis penyakit kulit autoimun yang boleh mengenai seluruh badan
- Keradangan kulit akibat jangkitan kulat
- Balanitis Circinate (seperti yang berlaku pada pesakit dengan penyakit Reiter )
- Balanitis Zoon: keradangan kepala zakar pada lelaki berusia
- Kanser penis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.