
marithababu
5 tahun
Kurang Ghairah Seks Wanita
Saya wanita 27 tahun…semenjak kebelakangan rasa tiada feeling untuk bersama suami. Perubahan fizikal juga ketara (berat merosot).

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah kurang ghairah seks wanita ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- faktor hubungan suami isteri
- keletihan dan stress
- masalah psikiatri dan penggunaan ubat psikiatri
- masalah kesihatan wanita seperti kehamilan atau ketumbuhan dalam rahim
- masalah perubatan yang lain seperti masalah endokrin, darah tinggi, sakit saraf dan lain-lain
- penggunaan pil perancang
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.