Sulit
4 tahun
Kurang selesa bila bernafas
Saya Lelaki berusia 30tahun… Sejak 2mnggu lepas sy keras akan kurang selesa bila bernafas. Lebih ketara pada minggu lps selepas sy makan mangga masam… Sy ke E&R Hospital & melalui pemeriksaan ECG… Menurut DR,tiada masalah & suspected Gastrik… Dr telan bekalkan Ubat Ulser Perut,Ubat Gastrik cecair putih & Tahan Muntah… Sy selesa selepas seketika mkn ubat tersebut tetapi keadaan tersebut kembali tambahan pada waktu malam… Tidur Sy juga terganggu… Merasa tidak sedap hati & risau… Apakah penyakit saya & apa yang perlu saya lakukan Dr?? Tq
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit dada disertai beberapa gejala diatas boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- Anemia - kurang darah
- Penyakit paru paru seperti jangkitan paru-paru
- Ketegangan otot - akibat senaman atau keradangan
- Penyakit asid refluks ataupun gastrik
- Penyakit jantung - seperti jantung berlubang, ritma tidak tetap ataupun saluran darah rosak seperti aorta koyak atau aneurisma
Untuk mengetahui punca sakit dada anda ini, siasatan rapi diperlukan. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.




































