dini.rehan07
5 tahun
Lambat Period - Escapelle
Saya berumur 18 tahun, saya dapati period saya sudah lambat 4 hari. Jangkaan sepatutnya pada 21/2. Saya mengambil escapelle pada 20/2.
Sebelum ini saya pernah mengambil escapelle tetapi tidak mempunyai sebarang perubahan. Pada 5/2 juga saya mengalami spotting untuk 1 hari seperti period.
Sebelum ini saya hanya mengadakan protected sex ( condom ) dan disebabkan itu saya agak pelik kenapa period saya lambat kerana perkara ini tidak pernah berlaku. Period cycle saya kalini saya telah mengambil 2 pill escapelle pada 31/1 (sedang period ketika itu) dan 20/2.
Saya juga sudah check pregnancy test tapi ianya negative pada 21/2… perlukah saya menunggu 1 minggu drpd tarikh sepatutnya period saya untuk test ujian kehamilan? saya perlukan penjelasan terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Melalui penerangan anda saya dapati anda mengalami masalah haid lambat dan risau mengenai keberangkalian untuk hamil. Untuk pengetahuan anda, selain kehamilan terdapat sebab lain yang boleh menyebabkan haid lambat. Antaranya:
Berat badan dan diet- Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)- Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang.
Ubat-ubatan- Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancangan, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.
Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang terlalu aktif dan padat
Umur- Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.
Mengenai pengambilan ubat pil perancang kecemasan, keberkesanan adalah tidak terjamin jika pil tidak diambil dengan cara yang betul. Oleh sebab itu, penggunaan pil perancang kecemasan untuk mencegah kehamilan secara rutin adalah tidak digalakkan. Kaedah-kaedah perancang keluarga yang lain adalah lebih berkesan dan mempunyai kesan sampingan yang lebih rendah. Sesetengah wanita yang menggunakan pil perancang kecemasan juga boleh mengalami kesan sampingan seperti payu dara tegang, keletihan dan perdarahan haid yang tidak menentu. Kesan-kesan sampingan ini biasanya adalah bersifat sementara sahaja dan tidak menyebabkan komplikasi-komplikasi yang serius.
Seperti yang disenaraikan di atas, ubat pil kecemasan boleh menyebabkan pendarahan haid yang tidak menentu.
Berikut merupakan jawapan am untuk soalan yang diajukan. Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami.

























