
Sulit
4 tahun
Lengan sakit mcm kebas dan urat mcm sakit
Sy 35thn sebelum ni tgn hingga lengan tk pernh rs kebas dn sskit urat. Br2 ni rasa sakit begitu jua dada sy. Malam memang sy suka makan terutama maggi. Dan sy kurang bersenam.sy suka makan tk isu masa.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami keresahan anda mengenai lengan kebas dan sakit.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kebas boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Diabetes atau kencing manis - penyakit ini boleh menyebabkan saluran darah ke saraf tersumbat dan menyebabkan sakit saraf
- Carpal Tunnel Syndrome atau sakit saraf bahu - akibat postur tidur atau kecederaan bahu
- Aliran darah yang tidak mencukupi - seperti saluran darah aorta mengecil (“coarctation or aorta”) atau aorta terhiris (aortic dissection)
- Trauma
- Kurang vitamin B atau kalsium
- Sakit jantung
- Muscle strain akibat pergerakan otot yang keras
Sakit dada mungkin berkait atau mungkin tidak dengan sakit lengan anda.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.