
Sulit
3 tahun
Lengan tangan kiri rasa lenguh dan sakit
Saya 17 tahun,sudah lama tidak pernah berasa lenguh tetapi hari ini tiba-tiba rasa lenguh dan sakit…puas dah letak minyak angin tapi tidak berjalan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas aoalan yang ditanyakan
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang lengan tangan kiri anda yang berasa lenguh dan sakit. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah yang anda alami boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya adalah:
- Diabetes atau kencing manis - penyakit ini boleh menyebabkan saluran darah ke saraf tersumbat dan menyebabkan sakit saraf
- Carpal Tunnel Syndrome atau sakit saraf bahu - akibat postur tidur atau kecederaan bahu
- Aliran darah yang tidak mencukupi - seperti saluran darah aorta mengecil (coarctation or aorta) atau aorta terhiris (aortic dissection)
- Trauma
- Kurang vitamin B atau kalsium
- Sakit jantung
Oleh itu, saya menyarankan kepada anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor