
Sulit
4 tahun
Lenguh kaki ketika period
saya wanita dalam 20an dan saya mengalami rasa lenguh kaki beberapa hari sebelum period dan semasa period. boleh saya tahu kenapa?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, kaki lenguh pada sekitar waktu haid adalah antara simptom normal dalam kitaran haid. Kesakitan sewaktu haid boleh merebak ke peha, lutut dan kaki. Namun begitu, ia juga boleh disebabkan endometriosis. Selain daripada simptom haid, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah sendi
- Masalah saraf
- Masalah otot
- Masalah tulang
- Kecederaan akibat daripada trauma
- Kurang zat dan nutrient seperti kalsium, magnesium dan sebagainya
- Kekurangan potassium
- Dehidrasi
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.