dyaaina95
3 tahun
Lenguh tgn kiri dah dkt seminggu
Hi doktor, tangan saya lenguh dah berapa hari . Sampai nak angkat tgn pun tak larat . Dan bila berjalan kepala rasa pening mcm nk jatuh tu … boleh saya tahu kenapa dan ape saya perlu buat dan makan ?
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, gejala lenguh badan (tangan atau bahu) boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Diabetes atau kencing manis - penyakit ini boleh menyebabkan saluran darah ke saraf tersumbat dan menyebabkan sakit saraf
- Carpal Tunnel Syndrome atau sakit saraf bahu - akibat postur tidur atau kecederaan bahu
- Aliran darah yang tidak mencukupi - seperti saluran darah aorta mengecil (“coarctation or aorta”) atau aorta terhiris (aortic dissection)
- Trauma
- Kurang vitamin B atau kalsium
- Sakit jantung
Penyakit seperti aliran darah tidak mencukupi, kurang vitamin B dan sakit jantung juga boleh menjadi penyebab untuk rasa pening anda.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.