
Sulit
4 tahun
Lewat datang haid untuk 1 bulan
last period sy 25hb/08 dan smpai skrg iaitu 28/09 masih blm datang haid…slma sebulan ni saya mengalami skit prut dibhgian bawah pusat setiap pagi kdang kalau terlmpau aktif skit lah…n njis cair…muntah2…tpi muntah tk sllu kdg2 je…dn kalau terhidu bau telur mentah tu atau bawang ke…i rasa bau dia tu mcm bau tagar besi dn rasa nk muntah tu timbul balik…dan i kuat tidur baring je rasa nk tidur jalan2 pun tkde mode…kuat marh rsa mcm terlmpau emosi…dn rasa makn tu mcm nk je mkn bermangkuk2 tpi skli je try dh tk nk…kadang ttba ktwa mcm tk ingat dunia…apakh sy mengandung dok? atau cuma perubhan hormon sy sbgai wanita?boleh bagi penjelasan lebih lnjut ttg ni??

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, haid lewat boleh menjadi normal atau sebaliknya. Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Bagi masalah sakit perut, muntah dan najis cair, ia boleh bersangkut paut antara satu sama lain ataupun disebabkan masalah berbeza. Secara amnya, kondisi ini boleh disebabkan oleh sakit berikut:
- Keracunan makanan
- Keradangan perut
- Alahan makanan
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!