
Sulit
4 tahun
Lewat haid 13hari upt negative 2x
Saya jue,umur 28thn,saya da 7bln berhenti ambil perancang dalam kaedah suntik tiga" bln,dlm tempoh 7bln saya hanya merancang sendiri,last dtg haid 17/5 bln ni xdtg lagi,dan lewat 13hari lewat,cek upt negative 2x,tapi bila baring rasa berdenyut bawah pusat,saya pregnant ke?hrp doc dpt bagi jalan mslh saya…tq.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, selain kehamilan masalah haid lewat ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Umur- Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.
Berat badan dan diet- Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)- Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang.
Ubat-ubatan- Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancangan, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.
Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang terlalu aktif dan padat
Hanya dari gejala sukar untuk memastikan sesorang itu hamil atau tidak. Oleh itu, ujian kehamilan melalui air kencing (UPT) dilakukan untuk memastikan kehamilan. Sekiranya keputusan menunjukkan negatif anda mungkin tidak hamil dan masalah haid lewat anda adalah disebabkan oleh masalah lain.
Akan tetapi, terdapat beberapa situasi yang boleh menyebabkan keputusan UPT ralat dimana keputusan adalah negatif walaupun anda mengandung seperti:
Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
Kerosakan alat ujian kehamilan
Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.