
Sulit
4 tahun
Lewat haid atau mengandung?
wanita yang berumur 23 tahun… Haid saya tamat pada 3/10,saya telah berhubungan dengan teman lelaki saya pada 10/10 tanpa pelindungan… Tetapi teman lelaki saya tidak pancutkan spermanya kedalam miss v. selepas kejadian saya telah mengambil postinor2 untuk langkah berhati². Saya mengambil biji pertama selepas beberapa jam berhubungan iaitu pada jam 6:30 petang dan seterusnya jam 6:30pagi… Setelah Seminggu… Saya telah pendarahan selama 11 hari(darah coklat pekat) Sekarang telah 19/11 Saya belum mempunyai haid tetapi saya telah mempunyai tanda2 seperti berjerawat dan payudara sakit.Adakah saya bisa hamil atau saya perlu mengambil pil hormone untuk stabilkan haid saya? Adakah effect dri postinor menyebabkan haid saya lewat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Haid yang lewat adalah apabila haid datang lebih lambat daripada 38 hari daripada hari pertama haid terakhir. Justeru dalam kes anda, selain kehamilan, haid lewat dapat disebabkan oleh:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUCD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.