ezzat3101
4 tahun
Luar Badan Panas, Dalaman Sejuk & Menggigil
Isteri saya menggigil dan badan panas + katanya kebas di tengah malam. Kenapa ya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Demam merupakan gejala kepada banyak penyakit dan tidak terhad kepada penyakit berjangkit sahaja. Terdapat pelbagai corak demam yang boleh dilihat. Antara penyebab-penyebab demam ialah:
- Demam denggi atau TB
- Jangkitan kuman (virus/bakteria) pada paru-paru, kerongkong, selaput otak dan sebagainya
- Penyakit auto-imun seperti SLE, radang usus, rheumatoid artritis
- Penyakit endokrin seperti hiepr-tiroid, akromegaly, penyakit Cushing
- Kesan ubat-ubatan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doctor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.