
Sulit
4 tahun
Luka bersalin ceaser
Saya baru lps bersalin czer dh 3 bulan… Luka dalam saya ade rasa sakit… Jadi adakah luka saya ada masalah atau normal… Saya juga ade sakit tekak dan demam

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Namun, secara umum, normalnya luka jahitan bersalin akan sembuh dalam tempoh dua hingga empat minggu tetapi ia bergantung kepada setiap individu. Sekiranya anda mengalami kesakitan pada kawasan luka tersebut sehingga kini, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor bagi mengetahui punca sebenar. Pemeriksaan yang teliti adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Anda masih mempunyai keraguan? Doktor pakar ibu dan anak (obstetrician) dapat membantu anda.
Mengenai sakit tekak dan demam anda, kami memerlukan maklumat yang terperinci tentang gejala yang anda alami ini. Bagaimanapun, memandangkan sekarang negara sedang berada pada kemuncak jangkitan COVID-19, anda dinasihatkan untuk sentiasa memantau gejala yang anda hadapi.
Sebagai makluman awal, gejala yang dialami oleh seseorang individu ke individu yang lain adalah berbeza. Tiada corak tetap yang boleh menunjukkan bahawa gejala yang dialami pasti disebabkan oleh COVID-19. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Walaubagaimanapun, sukar untuk menentukan adakah ianya jangkitan covid atau masalah lain yang boleh menyebabkan gejala sama seperti yang tertera dengan hanya menilai simptom sahaja.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda alami. Sekiranya gejala kesukaran bernafas yang anda alami semakin teruk dan berlarutan, anda amat dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor di klinik atau hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang sempurna.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi.Terima kasih