
Sulit
3 tahun
Luka bersalin dan tumpah darah semasa berpantang
Saya sekarang sedang berpantang untuk hari ke 14. Pada hari ke 7, saya telah tumpah darah, dan doctor masukkan alatan “muncung itik” untuk melihat bahagian dalam vagina saya. Akan tetapi luka jahitan bersalin saya ada gapping 2 cm. adakah luka jahitan saya perlu dijahit balik? Dan jika tidak dijahit, ada risiko ke?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi iaitu sakit pada bahagian luka jahitan bersalin ( episiotomi ).
Lazimnya, proses penyembuhan daripada episiotomi selepas bersalin memang mengambil masa dan memerlukan kesabaran. Ia mengambil masa lebih kurang dalam 10 hari hingga 2 minggu. Penyembuhan dari episiotomi boleh jadi menyakitkan dan tidak selesa. Memandangkan anda mengalami kesakitan setelah 1 bulan lamanya, kami menasihati anda untuk berjumpa dengan doktor di klinik atau hospital yang berdekatan bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut dan rawatan yang sesuai.
Segera berjumpa dengan doktor jika anda lihat sebarang tanda-tanda bahaya atau jangkitan seperti luka berbau, atau anda menghadapi masalah apabila hendak membuang air.
Kebiasaannya anda akan diberi ubat tahan sakit ketika berada di hospital dan mungkin doktor akan memberikan lagi beberapa ubat tahan sakit untuk dibawa pulang.Kebanyakan wanita akan sembuh tanpa masalah, walaupun mungkin mengambil masa beberapa minggu. Anda boleh berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat dengan lebih lanjut berkenaan penjagaan luka episiotomi ini. Jahitan anda tidak perlu dikeluarkan dan ia boleh terbuka semula jika tidak dijaga dengan baik. Anda boleh melakukan aktiviti seperti biasa apabila anda sudah bersedia, seperti kerja pejabat atau mengemas rumah.
Layari kehidupan yang indah selepas bersalin.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih