
Sulit
5 tahun
Masalah ejakulasi pramatang dan badan sentiasa letih dan lesy
Saya berumur 39 tahun. Saya mula mengalami masalah ini semenjak bulan lepas. Badan sy sentiasa berasa letih dan lesu dan kerap mengantuk. Selain itu saya mengalami masalah ejakulasi pramatang. Saya juga mengalami masalah kerap kencing dan sukar hendak mengawal kencing saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gejala yang anda alami seperti letih, lesu, kerap kencing serta ejakulasi pramatang ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- diabetes
- psikogenik - seperti stress, anxiety, akibat hubungan bermasalah
- endokrin - seperti masalah tiroid
- kolesterol tinggi
- efek samping ubat-ubatan seperti antihipertensi, antidepressan, dan lain-lain
Sebaiknya anda mengatasi terlebih dahulu penyebab diatas, serta merujuk kepada doktor agar masalah kesihatan lain dapat diatasi dengan baik. Hal ini kerana, kadar penyembuhan PE adalah tinggi setelah penyebab diatas diatasi dengan tepat. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.