
kimi_ians87
5 tahun
Masalah ejakulasi pramatang ketika bersama
saya mengalami masalah ejakulasi pramatang ketika bersama isteri

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, cepat pancut dalam istilah perubatan juga dikenali sebagai ejakulasi pramatang (PE) yang mana keadaan ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- psikogenik - seperti stress, anxiety , hubungan bermasalah
- psikiatrik - anxiety disorder , kemurungan
- neurogenik - trauma, diabetes, alkohol
- endokrin - masalah tiroid
- arteriogenik - terkait saluran darah seperti darah tinggi, merokok, diabetes, kolesterol tinggi dan lain-lain
- masalah organ sekitar seperti prostat dan spinal cord - amat jarang
- efek samping ubat-ubatan seperti antihipertensi, antidepressan, dan lain-lain
Sebaiknya anda mengatasi terlebih dahulu penyebab diatas, serta merujuk kepada doktor agar masalah kesihatan lain dapat diatasi dengan baik tanpa perlu mengambil ubatan tambahan. Hal ini kerana, kadar penyembuhan PE adalah tinggi setelah penyebab diatas diatasi dengan tepat.
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor bagi bertanyakan tentang keadaan-keadaan yang boleh menyebabkan PE. Ataupun, silakan klik pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bertanyakan tentang ubat tersebut kepada farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.