Sulit
4 tahun
Masalah ereksi dialami sejak kebelakangan ini. Jarang morning wood dan susah untuk ereksi tanpa sentuhan
Saya lelaki berumur 22 tahun. Saya mengalami kesukaran untuk ereksi sejak kebelakangan ini. Sama ada puncanya atau dari kekerapan beronani ataupun diet yg melampau di mana saya jarang breakfast dan saya skip dinner.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, gejala mati pucuk termasuklah:
- Masalah mendapat ereksi
- Masalah menjaga ereksi
- Kekurangan keinginan seksual
Bagi mengelakkan masalah ini, puncanya haruslah dielakkan. Mati pucuk ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah psikologi
- Kecederaan zakar
- Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf zakar terjejas iaitu:
- Penyakit jantung
- Diabetes
- Obesiti
- Kolesterol tinggi
- Darah tinggi
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Hanya selepas punca sebenar masalah anda diketahui, barulah rawatan yang sesuai boleh diberikan.
Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah

































