
Sulit
3 tahun
Masalah haid tak datang sebulan lebih
saya wanita 23 tahun saya mempunyai masalah haid tidak datang saya bersalin 27/9/21 dan darah hbis 18/10/21 selepas itu saya kerap bersama suami 18/11/21 bru saya ambik depo dan saya punya payudara rasa berat ,sakit di abdomen perut dan sakit belakang apakah yang saya alami ??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Kitaran haid yang normal terjadi setiap 28-38 hari dan berlangsung selama sehingga 8 hari. Perdarahan haid dapat dikatakan tidak normal apabila kitaran haid datang lebih lambat daripada 38 hari. Hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Sebagai info tambahan, sedikit tips bagi puan untuk melakukan ujian UPT adalah bahawa sebaiknya diuji menggunakan air kencing yang pertama pada awal pagi kerana air kencing lebih cair dan kepekatan hormon hCG dalam air kencing akan lebih berkurang selepas pengambilan makanan pada awal pagi.
Diingatkan juga bahawa kadang-kadang ujian kehamilan yang negatif selepas tempoh haid yang terlepas masih boleh bermaksud anda telah hamil. Hormon hCG akan berganda setiap 48 jam pada awal kehamilan. Ujian kehamilan yang negatif pada hari Isnin kemungkinan akan menjadi positif pada hari Rabu. Dan jika ia positif dengan air kencing pertama pada waktu pagi, kemudian pada hari apabila air kencing lebih cair, ia boleh menjadi negatif. Rujuk artikel ini UPT negative tetapi hamil.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan