
Sulit
5 tahun
Masalah jangkitan kuman dalam air kencing
Sye seorang remaja yang berusia 18 tahun yg baru x sampai sebulan menghidapi masalah kerap kencing walaupun x minum air/minum dlm kuantiti yg amat sedikit iaitu sye hanya minum air x sampai setengah gelas cawan kecil sehari…n kdg2 bila lpas mandi sye ternampak ada cecair putih jernih yg sye xthu cecair apakah itu…sye sdah pergi ke klinik utk mendapatkan rawatan…tetapi keadaan kencing sye terus berlanjutan…ada klinik yg sye pergi menyatakan bahawa sye ade masalah jangkitan kuman pada kemaluan saya dan ada klinik yg menyatakan bahawa ada jangkitan kuman + terdapat sel darah putih pada air kencing sye…soalan sye adakah penyakit yg sye alami ini ade kaitan dgn kegiatan melancap(onani) yg sye pernah buat dlu…(sye dh insaf)…hrp doktor dpt mmberi penjelasan kpd sye tntang masalah yg sye hadapi n sye berharap doktor boleh bagi solution yg dpt menyembuhkan masalah kerap kencing sye…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kerap kencing serta cairan putih tersebut sebenarnya boleh disebabkan oleh beberapa hal seperti:
- Jangkitan kuman
- Jangkitan penyakit kelamin seperti virus HPV atau sifilis jika ada melakukan hubungan seks
- Batu karang dalam saluran kencing
- Urethritis iaitu keradangan uretra yang timbul akibat jangkitan bakteria seperti Chlamydia ataupun Gonorrhoea
- Cystitis adalah keradangan pundi kencing
- Pyelonephritis merupakan keradangan buah pinggang
Jelas disini bahawa kondisi ini tidak khas untuk satu jenis penyakit sahaja. Untuk membezakan dan mengenalpasti penyakit sebenar, maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi.
Bagi merujuk doktor, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.