
wawakerry92
5 tahun
Masalah kahak dan lendir bedarah
Saya mengalami batuk tetapi tidak kerap…sekarang timbul lg 1 masalah bila sy menyedut hingus dah keluarkn mengikut mulut,kahak dan lendir yang keluar ada beserta dengan darah…tapi hanya hidung sebelah kanan sahaha…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kahak berdarah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah darah cair
- Jangkitan sistem pernafasan virus (Viral URTI)
- Batuk kronik sehingga menjejaskan saluran darah kecil menyebabkan batuk berdarah
- Tuberculosis (TB)
- Jangkitan paru-paru (Pneumonia)
- Kanser paru-paru
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca kahak berdarah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera kerana dikhuatiri anda akan mengalami komplikasi yang merbahaya seperti jangkitan yang merebak sekiranya tidak dirawat. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.