
syaffiqahzahirah
4 tahun
Masalah kerap lenguh tangan dan kaki
hi doktor saya berumur 17 tahun kenapa kaki dan tangan saya sering lenguh dia rasa berdenyut denyut hampir setiap hari dan menjadi semakin teruk sekiranya cuaca sejuk ? perkara ini telah menjejaskan kehidupan seharian saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu kerap lenguh pada tangan dan kaki. Untuk pengetahuan anda, secara amnya, kondisi sebegini boleh disebabkan oleh:
- Keradangan sendi
- Penggunaan otot yang berlebihan
- Senaman ekstrim
- Kesan sampingan ubatan
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, jika masalah ini berlarutan dan mengganggu aktiviti harian anda, anda boleh berjumpa dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga disarankan untuk berjumpa doktor sekiranya mengalami gejala berikut:
- Sakit berpanjangan
- Kemerahan pada tangan atau kaki
- Bengkak
- Gatal gatal
- Demam
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.