Sulit
5 tahun
Masalah ketegangan zakar
Saya berusia 29 tahun.saya dapati zakar saya tengah sekejap je.dan morning Wood Kadang2 je berlaku.minta bantuan dari doktor untuk selesaikan masalah saya ni.terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Adakah masalah zakar tengang sekejap berlaku semasa morning wood sahaja atau semasa stimulasi? Mengenai masalah morning wood kurang kerap, anda tidak perlu risau kerana ianya tidak berkaitan dengan masalah kesihatan anda.
Berikut adalah langkah secara umum untuk merawat impotensi:
- Amalkan gaya hidup sihat
- Kurangkan berat badan
- Elakkan merokok
Rawatan bergantung kepada punca sakit yang anda alami. Oleh itu, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

































