
Sulit
4 tahun
Masalah ketika period
kitaran haid saya berjalan seperit biasa iaitu datang setiap bulan… namun dalam tempoh 3 bulan ini, darah haid saya sering keluar dengan banyak walaupun telah melebih 15 hari…sebagai contoh, saya mengalami haid pada tanggal 23.08.20 namun pada harini iaitu 07.08.20 darah haid saya masih keluar dengan banyak…bukan itu sahaja, darah yang keluar bewarna gelap dan berketul…saya ada google tentang masalah ini namun tidak menjumpai jawapan…bolehkah pihak doctor on call membantu saya? terima kasih☺️

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang isu tersebut.
Untuk makluman pihak anda, masalah haid berpanjangan ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Mengambil pil perancang kehamilan
Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
Ketumbuhan fibroid atau polip
Dysfunctional uterine bleeding
Penggunaan alat IUCD (intrauterine contraceptive device)
Kanser rahim atau cerviks
Masalah pembekuan darah
Kesan sampingan ubat-ubatan
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.