
rafidah.jaiton
4 tahun
Masalah Ketuat di kaki anak
Hi doktor. Anak saya berumur 5 tahun dan ada ketuat dia bahagian tapak kaki. Boleh kah saya memberi rawatan dengan menggunakan ubat yang sedia dijual difarmasi?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Mengenai ketuat kaki. Berdasarkan keterangan anda, nampaknya anda mempunyai keadaan yang dikenali sebagai ketuat plantar. Ketuat plantar adalah pertumbuhan kecil yang muncul pada bahagian kaki yang menanggung berat. Ia biasanya disebabkan oleh virus HPV. Virus HPV memasuki tubuh anda melalui luka kecil atau pecahan pada kulit di bahagian tapak kaki anda.
Jenis virus HPV ini adalah berbeza daripada yang menyebabkan ketuat kemaluan. Ketuat berpeluang merebak kepada orang lain tetapi risiko adalah kecil. Ketuat plantar boleh menyebar jika disentuh, tercalar atau dipicit. Ada faktor risiko tertentu yang membuat seseorang lebih mudah mendapat jangkitan ini. Faktor-faktor yang meningkatkan risiko mendapat penyakit ini adalah kanak-kanak dan remaja, individu dengan imunisasi tubuh lemah, orang dengan dijangkiti ketuat sebelum ini, dan mereka yang sering berjalan tanpa alas kaki di kawasan lembap.
Kebanyakan ketuat akan pulih sendiri. Anda tidak perlu mendapatkan rawatan sekiranya ketuat tersebut tidak menganggu anda. Anda juga boleh merawat ketuat di rumah dengan melekat pita saluran kecil di atas ketuat dan biarkan selama enam hari sebelum mencabutnya. Ini akan menyembuhkan ketuat secara perlahan-lahan.
Anda juga boleh menggunakan ubat OTC (gel, losyen, krim) yang mengandungi asid salicylic yang berfungsi dengan mengelupas kulit. Sekiranya anda bimbang dengan pertumbuhan ketuat itu, anda boleh berjumpa dengan doktor dan mendapatkan rawatan. Prosedur yang boleh dicadangkan oleh doktor anda ialah membekukan ketuat dengan nitrogen cecair, mengeluarkannya dengan pembedahan laser atau menyuntik ubat-ubatan untuk menguatkan sistem imun anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih