
Sulit
4 tahun
Masalah Period Yang,pada hari keempat baru senggugut
selamat petang,saya mengalami masalah period dh 4 hri,tp baru hari keempat ni datangnya senggugut,selalu tidak macam ni,dn saya lewat period bulan ni…kenapa ya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami haid anda lewat selama 9 hari beserta ketulan seperti bisul di alat sulit anda.
Untuk makluman anda, haid lewat boleh menjadi normal atau sebaliknya. Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Kami kurang pasti apakah struktur ketulan seperti bisul yang anda nyatakan di alat kemaluan anda. Oleh itu, kami memerlukan maklumat lanjut bagi membuat rumusan tentang itu dan adakah struktur itu menyumbang kepada kitaran haid anda yang lewat.
Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!