alhafishamid
3 tahun
Masalah sakit tangan kiri sudah beberapa bulan
Saya berusia 32 tahun. Saya mengalami masalah sakit tangan kiri sudah beberapa bulan. Rasa sakit itu bukan seperti kebas tetapi lebih kepada rasa lenguh2 dan adakalanya terasa semut2 di pangkal tangan dan hujung jari. Saya juga kadangkala rasa sakit di bahagian dada kiri tetapi sakit itu tidak melibat keseluruhan bahagian dada. Sakit itu rasa seperti dicubit sedikit tetapi dalam jangka masa yang sangat singkat dalam beberapa saat sahaja. Saya tidak mengalami sesak nafas pun. Nafas seperti biasa juga. Kemungkinan saya alami sakit periferal neuropati. Ada tak ubat yang saya boleh beli di farmasi untuk rawatan masalah ini?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan terperinci adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Hanya dengan mengetahui punca sebenar masalah anda, barulah rawatan yang sesuai boleh diberikan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.































