
Sulit
5 tahun
Masalah sexual rumahtangga
Saya dah 5 tahun berkahwin,masalah yg berlaku suami mudah pancut,paling lama 2 minit sahaja,mula2 kahwin saya diamkan shaja tapi perasaan tidak puas menyebabkan saya berterus terang dgn suami,sekarang dia telah ambil ubat yg ada cop kkm cuma setakat ni tak nampak hasil,dia mencari alasan mengatakan semua lelaki pancut awal maksudnya bersama tak sampai 3 minit,dia kata kalau selalu bersama,air mani jadi tak berkualiti dan jadi sikit…lepas tu kalau dia dah terpancut,dia tak mampu nak bersama semula dgn saya pada hari yg sama.suami saya ada penyakit gout,belum capai tahap obes tapi hampir ke arah obes.selalunya saya akan mula dayungan sendiri sehingga saya pancut lepas tu dia pula yg sambung dan pancut tak sampai 2 minit,kalau saya tak mulakan mendayung, dia memang tak dpt buat saya pancut,saya jadi stress,mohon pencerahan dpd doctor adakah kelakuan suami saya ini normal atau dia perlukan rawatan pakar?terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, cepat pancut dalam istilah perubatan juga dikenali sebagai ejakulasi pramatang (PE) yang mana keadaan ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- psikogenik - seperti stress, anxiety , hubungan bermasalah
- psikiatrik - anxiety disorder , kemurungan
- neurogenik - trauma, diabetes, alkohol
- endokrin - masalah tiroid
- arteriogenik - terkait saluran darah seperti darah tinggi, merokok, diabetes, kolesterol tinggi dan lain-lain
- masalah organ sekitar seperti prostat dan spinal cord - amat jarang
- efek samping ubat-ubatan seperti antihipertensi, antidepressan, dan lain-lain
Sebaiknya anda mengatasi terlebih dahulu penyebab diatas, serta merujuk kepada doktor agar masalah kesihatan lain dapat diatasi dengan baik tanpa perlu mengambil ubatan tambahan. Hal ini kerana, kadar penyembuhan PE adalah tinggi setelah penyebab diatas diatasi dengan tepat.
Merujuk kepada ubat yang anda sebutkan, info tambahan adalah diperlukan memandangkan tidak jelas apakah ubat yang mendapat cop KKM tersebut. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor bagi bertanyakan tentang keadaan-keadaan yang boleh menyebabkan PE. Ataupun, silakan klik pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bertanyakan tentang ubat tersebut kepada farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.