
Sulit
3 tahun
Masalah tangan gigil dan terkejut
Saya faiz umur 24 tahun.saya ada masalah cepat terkejut dan tangan mengigil.bila saya buat sesuatu perkara macam tangkap gambar tangan saya menggigil sampaikan siku saya pun turut bergerak tak boleh nak kawal … Saya berasa sedih sangat dengan masalah yang saya alami… Kadang2 saya berasa gelisah bila ada orang dibelakang saya… Sebab saya cepat terkejut.Adakah masalah ini berkaitan dengan anxiety…

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah tangan menggeletar ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara antaranya:
- essential tremor (tangan menggeletar tanpa sebab)
- penyakit cerebellar
- Penyakit Huntington
- kesan sampingan ubat, seperti ubat psikiatri, anti-epilepsi, anti-asma, dan ubat imunosupresan tertentu
- pengambilan kafein berlebihan
- penyalahgunaan alkohol atau dengan ketagihan
- anxiety (kegelisahan)
- gula dalam darah rendah
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Pihak kami tidak dapat untuk menentukan punca masalah tangan anda hanya dengan maklumat yang diberikan. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.