
Sulit
5 tahun
Masalah tidak datang haid 2 bulan
Saya brumur 22 tahun dan sudah bkhwin hmpir mahu masuk 2 tahun dan belum mempunyai anak lagi. Saya sebelum ini haid oke lancar tak pernah sbulan datang sbulan tidak…last saya period bulan 9, 27/9/19 .sekaran sudah dua bulan tidak haid dua bulan 2 hari. Sudah hampir masuk 25/11 belum juga tanda mahu period lagi.selalu saya period 25 mcm tu la. Spatutnya saya period 18/11 kalau ekot kalender saya. Semalam saya bjumpa doktor pergi klinik doktor rasa pelik scan tak ada n belum mngadung kata doktor. Upt sntiasa negatif. Rahim oke tak ada masalah. kalau ikut pmeriksaan usg smlm. Usg masuk kdua kali. Masih belum ada. Ikutkan dari akhir tarikh haid sudah 2 bulan 2 hari belum period lagi. Smlm pergi klinik dktr cakap tunggu atau mau kasi ubat darah keluar dia cakap saya cakap mau ambil folid asid. Sbelum ni saya ada smua tanda2 hamil.smpai skarang dokt. Apa yang patut saya buat kalau haid tidak datang juga untuk 3 bulan lepas ni. Plese help me?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Haid yang lewat adalah apabila haid datang lebih lambat daripada 38 hari daripada hari pertama haid terakhir. Ia dapat disebabkan oleh pelbagai perkara.
Antaranya:
- Kehamilan
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUCD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Seandainya anda curiga hamil, kenalpasti 20 tanda-tanda awal kehamilan berikut dan sebaiknya lakukan pemeriksaan kehamilan sederhana yaitu urine pregnancy test (UPT). Untuk panduan penggunaan, sila rujuk di link ini (ujian kehamilan).
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.