Sulit
3 tahun
Masalah wanita berkaitan darah haid
hi doktor, sy wanita berumur 26thn…adakah normal jikalau haid sy menjangkau hingga ke hari-15? dan normal ke sama ada sy haid selama 10 hari dan bila di tuala wanita tiada cecair darah haid tetapi bila buang air kecil dia akan keluar lendir darah sedikit, adakah itu dikira darah haid?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, masalah haid tidak teratur boleh disebabkan oleh:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Apabila darah haid perlahan dan sikit di penghujung haid, anda mungkin hanya melihat darah sewaktu kencing ataua apabila membasuh bahagian sulit.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.