
Sulit
4 tahun
Masalah zakar kurang mengeras
Hai doktor saya lelaki berumur 23 tahun saya tidak merokok dan saya kurus.semalam zakar saya keadaan mcm biasa mengeras elok sahaja Tetapi harini zakar saya senang mengendur dia megeras sebentar sahaja. Mati pucuk ke mcm ni?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak tuan, masalah mengekalkan zakar untuk sentiasa keras boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Masalah psikologi
Kecederaan zakar
Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf zakar terjejas iaitu:
Penyakit jantung
Anda boleh mencuba beberapa perkara berikut untuk memberikan zakar anda keras dengan tempoh yang lebih panjang:
- Amalkan gaya hidup sihat
- Kurangkan berat badan
- Elakkan merokok
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor untuk memberikan anda menikmati kesihatan seksual. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.