
Sulit
5 tahun
Masalah zakar tidak tegang
Saya baru berkahwin dan mengalamai masalah ketika bersama disebabkan zakar tak cukup tegang dan kalau tegang dia tak lama sampai selesai. Jika saya perlu berjumpa doktor, boleh dengan mana2 doktor ke?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan pihak anda, penis yang sukar tegang juga dikenali sebagai mati pucuk. Sebenarnya, mati pucuk dapat terjadi disebabkan oleh banyak hal, antaranya:
- psikogenik - seperti stress, anxiety, hubungan bermasalah
- psikiatrik - anxiety disorder, kemurungan
- neurogenik - trauma, diabetes, alkohol
- endokrin - masalah tiroid
- arteriogenik - terkait saluran darah seperti darah tinggi, merokok, diabetes, kolesterol tinggi dan lain-lain
- efek samping ubat-ubatan seperti antihipertensi, antidepressan, dan lain-lain
Oleh itu, kami memerlukan maklumat lebih lanjut untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi. Klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor untuk mulai berubat ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.