
Sulit
4 tahun
Memakan pil prostinor 2 sebanyak dua biji sekaligus serta makan pil tahan haid pada masa yg sama
Isteri saya sebelum ini ad mengambil pil tahan haid pada masa yg sama ad juga ambil pil prostinor 2 sebanyak dua biji sekaligus. Adakah kehamilan mungkin juga akan berlaku?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk pengetahuan anda ubat tahan haid meryupakan ubat perancang keluarga. Ralat bagi combined oral contraceptive pill adalah 0.1-1% dan ralat bagi _progestogen-only pill adalah 1-3 peratus. Manakala prostinor merupakan ubat perancang kecemasan yang diambil sekiranya berlaku hubungan seks tanpa perlindungan. Ralat bagi ubat ini kurang dari 1%.
Dari maklumat di atas, terdapat ralat bagi ubat tersebut namun peratusannya kecil. Makanya, untuk menjawab soalan anda, peratusan untuk isteri hamil adalah nipis sekiranya ubat ini diambil dengan betul.
Berikut merupakan jawapan am untuk soalan yang diajukan. Untuk mengetahui lebih lanjut anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.