Sulit
5 tahun
Mengalami masalah sukar untuk bernafas
saya wanita 24 tahun . saya sukar bernafas. saya merasakan nafas tidak habis. saya dah pergi klinik, doctor bagi ubat angin tapi macam tiada kesan.
adakah disebabkan minuman berkafein atau masalah resdung. saya cuba kurangkan gula dan menuman bergas jadi saya minum coffee ataupun tea tanpa gula.
5 tahun
Salam sejahtera & terima kasih kerana menghubungi kami,
Hidung sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Kami memahami dan mengambil serius dengan keluhan yang telah disampaikan. Untuk makluman anda, gejala tersebut boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya:
- PMS: Sebelum haid, ramai wanita mengalami kembung dan sakit perut
- Gangguan organ pernafasan
- Penyakit saluran makan (i.e. gastrik, GERD, dll)
- Kesan sampingan dari ubat
- Stress otot yang berlebihan
- Tekanan / stress
- Perut kembung yang biasanya berpunca dari tabiat pemakanan, seperti:
- Makan terlalu banyak atau terlalu cepat
- Serat (fibre) yang terlalu banyak atau tidak cukup
- Kekurangan bakteria yang baik dalam sistem pencernaan
- Konsumsi sayur-sayuran Cruciferous yang berlebihan (i.e. brokoli, kubis, bak choi dan kale)
- Gas yang tidak atau lambat keluar dari sistem pencernaan (sendawa dan buang angin (kentut) adalah dua cara udara di dalam badan keluar. Lewat atau sering bertangguh ke tandas boleh menyebabkan lebih banyak gas di dalam usus)
Namun, informasi yang telah diberikan hanya berdasarkan gejala yang telah anda sampaikan. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda ]tetap mendapatkan rawatan secara langsung samada di pusat rawatan yang lain atau klinik tempoh hari dan menjelaskan
- kadar keberhasilan rawatan sedia ada
- gejala yang berterusan
- cadangan untuk pemeriksaan lanjut
Anda juga boleh klik pada link yang tertera untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut secara live bersama doktor kami yang bertugas. (DoctorOnCall). Kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.




































