123nurjihan
4 tahun
Mengalami sakit tumit kedua dua belah kaki setiap kali bangun tidur. lenguh lenguh di bahagian pergelangan kaki
saya wanita berumur 29 tahun ,baru sahaja melahirkan anak kedua 2bulan 20hari yang lepas secara svd with epi. selepas luka jahitan saya sembuh, saya melakukan aktiviti rumah, menjaga anak. dan beberapa2 minggu kebelakangan ini, saya mengalami sakit tumit, dan ia terjadi lebih teruk ketika memijak lantai waktu bangun dari tidur pagi. adakah ia manifestasi untuk apa2 penyakit yang kronik? atau ada specific penyakit yang sedang dialami oleh saya.
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami dan mengambil serius dengan keluhan yang telah disampaikan. Untuk makluman anda, gejala tersebut boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya:
- posisi tidur yang salah
- sakit otot
- taruma sendi
- gangguan persarafan
- kondisi tubuh lain yang memerlukan rawatan doktor
Sementara mendapat bantuan dari doktor di klinik saya sarankan anda untuk
- sentiasa memastikan anda bekerja, berehat dan tidur dalam posisi yang ergonomik
- jauhi pemakaian kasut tumit tinggi buat sementara waktu (sekiranya ada)
- jauhi pemakaian kasut yang terlalu ketat
- elakkan berdiri terlalu lama
- dan memastikan anda cukup rehat, makan dan minum setiap hari
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Masih risau dengan sakit tumit anda? Usah gusar, pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.































